About

Sumber : Website Rasmi PRM Global Sdn Bhd – Ingin menjadi pengedar tel: 012 986 5737

UCAPAN DATO PENGERUSI

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengajak saudara
merenung dengan penuh erti kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ;

“Sembilan persepuluh dari setiap rezeki Allah itu terdapat dalam perniagaan”.

Jesteru itu umat islam sepatutnya menjadi pemimpin dan bukannya dipimpin. Saya percaya saudara boleh menjadi pemimpin yang cemerlang dalam syarikat ini insya Allah. Dengan menyertai PRM, anda telah membuat keputusan yang bijak dan tepat malah ianya merupakan satu keputusan yang terbaik sepanjang hidup anda.

Kini tanpa modal yang besar dan risiko kewangan yang tinggi anda telah memiliki perniagaan sendiri. Anda berpeluang meningkatkan pendapatan yang kukuh sambil membina kehidupan yang lebih bijak dan cemerlang. Luangkan sedikit masa anda, anda tidak keseorangan, pihak syarikat sedia memberi sokongan dan kepakaran untuk memastikan anda berjaya.

Binalah generasi anda dan bawalah mereka ke setiap perjumpaan yang dianjurkan oleh syarikat atau pemimpin anda, bagi memahirkan diri anda tentang syarikat, produk, strategi perniagaan dan penjualan serta pelan pemasaran yang diciptakan khas untuk memenuhi keperluan anda sebagai pengedar sambilan atau separuh masa yang benar-benar inginkan kedudukan kewangan yang kukuh, stabil dan cemerlang.

Pihak syarikat secara serius dan berterusan akan menumpukan perhatian dalam usaha
penyelidikan dan pembangunan (kilang) terhadap produk dan perkhidmatan serta berpegang teguh kepada falsafah syarikat “Setiap masalah akan di selesaikan melalui musyawarah”. Saya yakin, dengan penyertaan saudara, kita dapat meletakkan syarikat kita sebagai sebuah syarikat yang berada di senarai teratas, Insya Allah, semoga saudara menyedari akan hakikat ini dan diiringi doa semoga semuanya di berkati Allah.

Penghabisan doa saya, segala puji adalah milik tuhan sekalian alam. Amin.

Dato Hj. Hashim Bin Ismail
Pengerusi Eksekutif
PRM Global Vision Sdn. Bhd. 

VISI
PRM INGIN MENJADI PENERAJU PRODUK KESIHATAN MENTAL, JASMANI DAN ROHANI BERTARAF GLOBAL
MISI
MENJADI SEBUAH ORGANISASI JUALAN LANGSUNG YANG MENGHASILKAN PRODUK BERKUALITI TINGGI, MEMBEKAL DAN MENGEDARKAN PRODUK HALAL SERTA PEMANGKIN EKONOMI UMMAH SEJAGAT
OBJEKTIF
Memartabatkan produk yang berasaskan keterangan dalam kitab suci Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.
Memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa Islam amat mengutamakan umatnya menjaga kesihatan secara menyeluruh.
Mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat terutamanya di kalangan umat Islam.
Membantu masyarakat meningkatkan taraf ekonomi dan hidup dalam harmoni di samping dapat beribadat dengan sempurna Mengembalikan kegemilangan ekonomi umat Islam dan dapat melahirkan insan taqwa yang berjaya di dunia dan akhirat.
Sebagai alternatif dalam bidang penjagaan dan pemakanan kesihatan serta sistem ekonomi yang berlandaskan ajaran Islam yang suci lagi syumul tanpa sebarang kesangsian.
Segala puji dirafa’kan ke hadrat Allah s.w.t tuhan sekalian alam.Dia menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. “Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutuskan di kalangan manusia,yang merayu kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran.
Sebagai umat yang terbaik,adalah menjadi kewajipan kepada umat islam untuk memberikan contoh kepada kaum lain namun ironisnya pada hari ini, umat islam ketinggalan jauh dibelakang terutamanya dari aspek ekonomi.Kekuatan ekonomi umat islam dijana demi kebaikan ummah sejagat kerana perkembangan dunia hari ini menuntut kepada pemilikan material.
Ini bukan membawa maksud kepada kita harus menjadikan dunia ini kebendaan sebagai matlamat tetapi kebendaan harus dijadikan alat untuk memperoleh kebekatan daripada Allah S.W.T.
PRM Global Vision Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali dengan nama PRM Cemerlang (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan pencanaan untuk mengubah corak corak ekonomi umat Islam di Malaysia dengan harapan PRM menjadi satu simbol kekuatan dan kesatuan dikalangan usahawan Muslim di negara tercinta ini.
Selaku pengarah urusan PRM saya bersyukur kerana dianugerahkan semangat, kekuatan bahkan ilham untuk memasarkan produk berasaskan madu dan habatus sawda’. Selain mengukuhkan ekonomi, membantu memberikan peluang pekerjaan, membantu golongan fakir dan tidak berupaya, saya juga dapat mengajak orang ramai kembali mengamalkan kaedah perubatan berdasarkan sunnah Rasul S.A.W. Justeru itu terima kasih kerana tuan puan menyokong usaha murni PRM dan tahniah serta syabas kerana telah membuat pilihan yang tepat dengan menyertai kami. Mulakan kerjaya dengan menyertai PRM, bersama menuju kejayaan. Fikir-fikirkanlah bahawa telah tiba masanya kita melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan, Ke Arah Yang Lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Siti Nuur Hasnieza binti Dato Hj. Hashim
Pengarah Urusan
PRM Global Vision Sdn. Bhd .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s